Read this article in : English
Cara Semak No. Siri Produk Russell Taylors Yang Ditarik Balik
- Last update 4 Disember 2021
- 10:22 pm
- Baca dalam 3 minit
- 3,894

Baru-baru ni, Russell Taylors ada mengumumkan penarikan balik sesetengah produk dalam siri yang tertentu. Kalau korang ada beli produk Russell Taylors baru-baru ni, korang boleh semak no. siri di produk dan pulangkan produk sebelum 31 Oktober 2021. Mengikut wakil jualan Russell Taylors, cuma kurang dari 5% produk sahaja yang terjejas dan pihak Russell Taylors sedang bekerjasama dengan pihak suruhanjaya tenaga dan pihak SIRIM.
Contohnya kalau korang ada beli Air Fryer Russell Taylors AF-24, tak semestinya korang kena pulangkan sebab tak semua termasuk dalam pengumuman penarikan balik, tapi cuma ‘batch’ atau kumpulan yang tertentu yang disenaraikan di bawah.
Penarikan balik ni adalah disebabkan produk dalam ‘batch’ tertentu tidak menepati piawaian SIRIM QAS International. Syarikat telah memohon maaf diatas segala kesulitan dalam pengumuman tersebut.
Cara Semak No Siri Produk Russell Taylors
No siri produk boleh disemak dekat ‘sticker’ yang selalunya ditampal di bawah atau belakang produk. Dalam bahasa Inggeris, nombor siri adalah ‘Serial Number’ dan dalam kombinasi huruf dan digit. Contohnya, 2028AF341 XXXXX.
Senarai Nombor Siri Produk Yang Ditarik Balik
Air Fryer
Pressure Cooker
Bread Maker
Waffle Maker
Oven Toaster
Juice Maker
Stand Mixer
Table Blender
Cordless Vacuum
Cara Pemulangan Produk Yang Terjejas
Jika produk korang ada nombor siri yang sama dengan di atas, sila hubungi support@russelltaylors.com atau message di Lazada & Shopee dan jelaskan nombor order atau nombor siri belian untuk pihak Russell Taylors mengambil tidakan lanjut.
Info, Promo & Trending Semasa
Yang kami research dan review di Shoptrack