Read this article in : English
Cara Beli Pakej Wifi Rumah Unlimited - (UNIFI & TIME)
- Last update 26 Januari 2025
- 11:26 am
- Baca dalam 3 minitÂ
- 16,201
Baru pindah rumah baru? Atau ada plan nak tukar pakej wifi rumah yang lebih sesuai? Jom kita tengok jenis-jenis & cara beli pakej Wifi rumah Unlimited yang anda boleh beli secara online!
Semua pakej wifi unlimited di bawah adalah untuk kontrak 24 bulan dan tiada subscription fee.
Kelajuan Pakej Internet
Pakej Internet wifi rumah selalu beza dari segi kelajuan. Kelajuan Internet adalah dalam Mpbs: maksudnya megabyte per second. Lagi tinggi Mbps, lagi laju internet korang. Sebagai contoh, kalau korang nak selalu stream video 4K di Youtube, kami cadangkan ambil pakej atas 100Mbps.
Kelajuan Internet rumah anda jugak akan terjejas bila ramai orang (atau banyak device) guna Internet pada masa yang sama. Kalau rumah korang ada atas 5 orang heavy user, kami cadangkan pakej atas 500Mbps. Tapi kebanyakan pakej ada tawar upgrade (naiktaraf) kelajuan kalau korang rasa tak cukup laju selepas beli pakej Internet.
Pakej Internet Pilihan
Unifi Try Me 30Mbps
Hanya RM89 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Unifi Ultimate Try Me 30Mbps
Hanya RM149 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Unifi Try Me 100Mbps
Hanya RM129 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Unifi Ultimate Try Me 300Mbps
Hanya RM199 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Time Internet 100Mbps
Hanya RM99 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Time Internet 500Mbps
Hanya RM139 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Time Internet 1Gbps
Hanya RM199 / Sebulan Terms & Conditions Apply
Pakej Wifi Rumah Popular
Dua Internet Service Provider, atau ISP (pembawa servis Internet) paling popular untuk kegunaan wifi rumah di Malaysia adalah Time Internet dan Telekom iaitu Unifi.
Pakej Wifi Rumah Unifi
Coverage Unifi untuk pelan internet wifi rumah memang antara yang terbesar di Malaysia dan ada pelbagai pelan atau pakej yang tersedia ada.
Pakej Unifi terbahagi kepada 2 jenis: TryMe dan Ultimate TryMe.
Pakej TryMe ni cuma ada Internet dan Unifi TV yang limited tanpa Unifi TV Plus Box. Pakej Ultimate TryMe ni pulak termasuk Unifi TV Ultimate Pack dan Unifi TV Plus Box iaitu pakej TV Unifi dengan semua channel di Unifi TV.Â
Kedua-dua Pakej Internet Unifi ini datang secara percuma dengan Unifi TV App – dimana korang boleh tengok tv hanya melalui App di smartphone, laptop atau tablet korang je. Lebih flexible kan?
Skroll ke bawah untuk maklumat lanjut dan cara beli pakej Unifi.
Pakej Wifi Rumah Time Internet
Pakej wifi Time memang ramai orang kata paling laju dan premium di Malaysia. Cuma ada satu kekurangan dengan pakej-pakej Time: coverage atau kawasan servis tak semua tempat ada. Jadi, korang kena check dulu kalau rumah korang dalam kawasan yang ada coverage. Boleh check di sini.
Ada 3 jenis pelan Time Internet.Â
Skroll ke bawah untuk maklumat lanjut dan cara beli pakej Time.
Cara Beli Pakej Wifi Unifi
- Pergi ke laman penjual sah Unifi sini.
- Pilih pakej yang sesuai dan tekan butang “Apply”.
- Pilih “Unifi Residential” dan isi borang maklumat peribadi dan tekan submit.
- Tunggu pihak penjual sah Unifi untuk menghubungi korang untuk maklumat lanjut.
- Tetapkan tarikh installation dengan pihak penjual Unifi dan tunggu sehingga diorang datang ke rumah korang.
Cara Beli Pakej Wifi Time Internet
- Check kalau rumah korang dalam kawasan yang ada coverage sini.
- Pergi ke sini & pilih pakej yang sesuai dan tekan butang “Sign Up Now”.
- Pilih “Time Home Fibre” dan isi borang maklumat peribadi dan tekan submit.
- Tunggu pihak penjual sah Time untuk menghubungi korang untuk maklumat lanjut.
- Tetapkan tarikh installation dengan pihak penjual Time dan tunggu sehingga diorang datang ke rumah korang.
Cara alternatif untuk beli pakej Wifi Time adalah directly order dari Time di sini. Pilih pakej, isi borang & buat pembayaran atas talian. Kemudian, tunggi pihak Time datang untuk installation.
Selain dua pilihan atas, korang jugak boleh check Maxis Fibre Internet.
Selepas beli pakej Internet, mungkin juga korang perlu besarkan range Wifi. Kami ada senaraikan 5 Wifi Extender yang mungkin boleh membantu. Enjoy Internet baru korang!
Info, Promo & Trending Semasa
Yang kami research dan review di Shoptrack