fbpx

Read this article in : English

[UPDATE] Live Tracker 1212: Lazada, Shopee, Grab & Zalora

Live-Tracker-1212
Copyright Shoptrack

Kalau korang terlepas jualan online tahun ni dan ada barang sikit nak beli lagi, jualan besar 12.12, jualan yang last untuk tahun 2020 akan bermula dalam masa 7 hari. 

Untuk bantu korang supaya tak pening kepala tengok bermacam jenis diskaun dan tawaran, kami bawakan ringkasan serta explanation pasal deal dan diskaun best dari platform popular seperti Lazada, Shopee, Zalora, Grab dan bermacam lagi.

Harap summary ni dapat membantu korang save duit sikit!

Macam biasa, Untuk deal yang lebih komprehensif, ikuti Live Tracker Bersiri kami sempena 12.12 Mega Sale ini seperti link dibawah –

 

Share Artikel Ini
Advertisement
Point Ringkas & List

Lazada

Lazada adalah platform pertama yang buat sale 12.12. Tawaran sale ni selalunya berbentuk diskaun Crazy Brand Mega Offer, Penghantaran Percuma, Lazada Treats, Crazy Flash Sale dan tawaran terbaru iaitu Subsidized By Lazada.

Kalau korang guna tawaran ni serentak, korang boleh save banyak duit. Contoh kalau korang nak beli Air Fryer dari Khind (RM399), korang boleh guna voucher Lazada Treats diskaun 12% dan kalau korang beli waktu CBMO, korang dapat lagi extra RM25 voucher, jadi total kena bayar cuma RM326

Crazy Brand Mega Offer

CBMO ni berdasarkan tawaran 2 jam pertama, dari jenama terbesar yang confirm barang Ori. Setiap jenama atau brand ada tawaran tersendiri yang selalunya diskaun produk dan voucher terhad. Antara jenama yang ada diskaun best:

Huawei Matepad RM499

Dyson V8 Vacuum Cleaner RM1399

Senheng voucher RM120

Carote voucher RM80

Akemi voucher 15%

Tefal voucher RM100

Tengok bermacam lagi jenama dan tawaran Crazy Brand Mega Offer hanya pada 12 pagi – 2 pagi, 12 Disember. Nak tambah lagi diskaun, korang boleh tengok kalau produk tu boleh guna voucher Lazada Treats.

Lazada Treats

Lazada Treats ni adalah voucher 12% (maksimum RM60) dari Lazada untuk produk tertentu. Korang kena collect dulu voucher ni sepanjang 5 – 11 Disember sebab kuantiti dia limited setiap hari, dan korang kena belanja minimum RM299. Selalu habis cepat, jadi check sebanyak mungkin.

Penghantaran Percuma

Penghantaran percuma kali ni berbentuk voucher Free Shipping RM8 tapi kena belanja minimum RM15 dan kena guna Lazada Wallet.

Crazy Flash Sale

Crazy Flash Sale selalunya berlangsung sepanjang hari. Produk dia selalu dia tak umumkan so korang kena rajin tengok pada 12 Disember. Stok pun terhad.

Subsidized By Lazada

Tawaran terbaru Lazada iaitu beli satu dapat dua, tapi cuma jenama dan produk tertentu je macam Xiaomi, L’Oreal, dan TeaLive.

Shopee

Shopee tahun ni menyambut ulang tahun dengan sale 12.12. Ada jugak konsert yang dinamakan Shopee Birthday Bash pada 11 Disember 9 Malam di App Shopee.

Antara tawaran Shopee paling best adalah Super Brands Spotlight, Voucher 12.12, Deal RM1, Deal 12.12 dan Play & Win.

Super Brands Spotlight

Seperti CBMO Lazada, Shopee jugak ada tawaran terhad 2 jam pada pukul 12 – 2 pagi, 12 Disember. Tawaran ni cuma untuk jenama tertentu. Antara diskaun yang best:

Nestle diskaun sehingga 30%

Enfagrow voucher sehingga 17%

Mydin voucher 50%

Mamypoko voucher RM80

Innisfree voucher 50%

Tefal voucher RM100

Russel Taylors Voucher 50%

Tambah lagi, Voucher Penghantaran Percuma yang korang kena collect sebelum 12.12 dan hanya boleh guna pada 12 – 1 pagi.

Voucher 12.12

Voucher Shopee terbahagi kepada 5 jenis: voucher untuk semua seller, voucher untuk selected seller, voucher kategori, voucher bank dan voucher seller. Antara voucher yang kami rasa useful untuk korang:

Voucher semua seller:

8% Coins Cashback (semua seller) untuk dapatkan balik coins bila korang beli barang guna coins. Kena pakai ShopeePay.

Voucher selected seller:

50% Coins Cashback (tak semua seller) tapi tak ada belanja minimum dan kena guna ShopeePay.

12% Coins Cashback (tak semua seller) tapi tak ada belanja minimum dan tak perlu guna ShopeePay.

Voucher kategori:

10% Coins Cashback untuk kategori Keperluan Keluarga.

12% Coins Cashback untuk kategori Bayi & Toys

Voucher Bank:

Maybank RM18 (belanja minimum RM120) tapi kena guna kredit kad Maybank.

Jangan lupa collect voucher Shopee awal-awal.

Deal RM1

5 kali sehari, Shopee akan letak harga RM1 untuk produk tertentu. Selalunya produk ni memang produk harga rendah pun. Tapi dia jatuhkan lagi ke RM1. Korang kena check pukul 12 pagi, 9 pagi, 12 tengahari, 4 petang dan 9 malam.

Zalora

Nak beli pakaian baru? Zalora bagi kami memang ada diskaun yang kaw-kaw untuk 12.12. Kalau korang nak beli dari Zalora, kami cadang beli pada pukul 12 tengahari dari 1 – 9 Disember so korang boleh dapat Cashback + voucher 25% + penghantaran percuma. Contoh: belanja RM250, korang dapat diskaun RM25 dari voucher, dapat lagi RM10 cashback jadi total cuma RM215 dan tak perlu bayar kos penghantaran. Tapi ingat: korang kena beli di Zalora pada pukul 12 tengahari – 3 petang.

GrabFood

Memandangkan 12.12 tahun ni hari Sabtu, mungkin korang malas nak masak. Nak beli delivery selalu mahal pulak. Tapi takpa, ada voucher dari GrabFood yang boleh kurangkan beban kos.

Guna voucher HOTDEALS untuk dapatkan 50% diskaun (maksimum RM10).

Artikle ni kami akan update dari masa ke semasa untuk pastikan korang tak terlepas diskaun untuk save duit. So jangan lupa follow kami di Instagram atau Facebook atau klik icon bell untuk dapat notifikasi baru.

Advertisement
#Hashtag
Share Artikel Ini
Inspirasi Travel
Menarik Semasa

Info, Promo & Trending Semasa

Advertisement
Review & Rekomendasi Popular

Yang kami research dan review di Shoptrack

Lihat kategori lain
error: Content is protected !!