This post is also available in: Malay
Top 10 Hotel Terbaik di Port Dickson 2024 (Tepi Pantai)
- Last update 7 February 2024
- 3:44 pm
- Baca dalam < 1 minitÂ
- 4,691 Views
![Hotel Terbaik Port Dickson Tepi Pantai](https://www.shoptrack.my/wp-content/uploads/2023/06/Hotel-Terbaik-Port-Dickson-Tepi-Pantai-1-768x403.webp)
Untuk penduduk Lembah Klang, Port Dickson merupakan destinasi percutian tepi pantai yang senang tapi masih lagi istimewa, terutama untuk seisi keluarga.
Dari hotel 5 bintang hingga chalet, ada ratusan pilihan menarik tapi hari ni kita nak tengok Top 10 Hotel Tepi Pantai Port Dickson yang best dan murah untuk korang senang pilih dan book terus di Agoda dan Booking. Ok jom!
Cara Kami Pilih
Rata-rata hotel di Port Dickson sudah agak tua dan fasilitinya tak setaraf di destinasi percutian lain seperti Kuala Lumpur dan Langkawi. Tapi harga lebih murah.
- Jenis penginapan: Untuk senarai ni, kami pilih hotel 3 hingga 5 bintang.
- Harga: Anggaran kos RM200-RM1000 semalam.
- Fasiliti: Semua ada swimming pool & WiFi percuma. Gym & Sauna ada di hotel 4 bintang ke atas. Private swimming pool ada di hotel 5 bintang tertentu.
- Lokasi: Kebanyakan hotel yang kami pilih terletak di Teluk Kemang, Si Rusa dan tempat berdekatan lain. Semua hotel ni juga terletak di tepi pantai.
Cara Ke Port Dickson
- Kereta: Dari Lembah Klang sekitar 1 jam 45 minit.
- Bas: Dari KL Sentral sekitar 2 jam.
- Teksi atau Grab: Dari Lembah Klang sekitar 1 jam 45 minit.
- Flight: Dari KLIA2 sekitar 20 minit.
Untuk yang tiada bajet besar, hotel 3 bintang di Teluk Kemang ini menawarkan lokasi yang bagus – tepi pantai dan berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang dengan harga yang lebih murah dari hotel lain. Biliknya tak mewah dan mungkin ada perabot yang dah dated tapi ada view sunset dan pantai.
Fasilitinya okay, tidak berapa lengkap & agak lama, tapi ada Swimming Pool dan restoran dalam hotel. Kalau nak tempah sini, better korang drive atau ada pengangkutan lain so senang nak keluar makan.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Akar Beach Resort ini disini ↓
Pacific Regency adalah antara hotel 4 bintang di Port Dickson yang boleh dikira sebagai penginapan mewah. Lokasinya di Teluk Kemang memang best – dekat dengan banyak restoran dan gerai yang popular. Tambah lagi, hotel ni betul-betul tepi pantai dan menawarkan bilik dengan private pool. Fasiliti juga agak complete.
Cuma swimming pool agak crowded, fasiliti dah agak lama dan breakfast tak termasuk dalam harga bilik. Apa-pun, harganya agak murah dan berbaloi dan lokasi juga berdekatan dengan banyak gerai dan restoran yang popular.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Pacific Regency Beach Resort Port Dickson ini disini ↓
Untuk yang tiada bajet besar tapi mahu hotel yang berdekatan aktiviti sukan air, hotel Klana Beach Resort boleh jadi pilihan. Bagi kami, ia adalah hotel 3 bintang terbaik di Port Dickson. Walaupun 3 bintang, hotel ini menawarkan view pantai cantik dan lokasi berdekatan pusat komersil, so senang cari restoran di luar.
Bilik bersih dan luas dan rata-rata perabot diselenggara dengan baik. Fasiliti tak mewah tapi cukup. Cuma banggunan ni agak lama jadi tak boleh expect semua cantik lah. Tapi breakfast kat sini memang sedap berbanding hotel lain.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Klana Beach Resort ini disini ↓
Hotel Villea Port Dickson bertaraf 4 bintang ini terletak di lokasi di tepi Tanjung Tuan Recreational Forest, jauh dari kesibukan bandar dan dekat dengan aktiviti rekreasi. Dengan view tepi pantai dan seni bina yang cantik, bilik yang ditawarkan moden dan kemas bersama fasiliti yang cukup dan lokasi yang strategik.
Kalau korang cari hotel yang murah untuk family dengan anak-anak di pantai yang tenang dan lawa, korang boleh consider booking stay kat hotel ni!
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Villea Port Dickson ini disini ↓
Avilion Admiral Cove merupakan sebuah hotel 4 bintang dengan seni bina mirip Marina Club dengan view jeti untuk boat dan yacht di Port Dickson, menjadikan view hotel ini antara terbaik di sini. Dengan harga yang berpatutan, hotel ini menawarkan fasiliti yang lengkap sekali dengan breakfast buffet.
Fasiliti dan bilik di sini biasa-biasa je, ada yang dah agak lama, tapi mungkin masa depan, mereka boleh maintain dengan lebih baik. Apa pun, harganya murah dan lokasi yang exclusive memang menambah daya tarikan hotel ni.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Avilion Admiral Cove Port Dickson ini disini ↓
Ancasa Residences bagi kami adalah hotel 4 bintang terbaik di PD. Ia menawarkan pilihan bajet untuk penginapan yang selesa, luas dan sesuai untuk keluarga atau group kawan-kawan yang besar. Lokasi hotel 4 bintang di Teluk Kemang ni juga cuma 60 meter saja dari kawasan pantai.
Bilik dan unit agak kemas, bersih dan sekali tersedia ruang dapur untuk masak sendiri. Fasiliti dia OK dan diselenggara dengan baik. Ada juga swimming pool, gym & spa. Kalau nak tempah sini, cuba request bilik di tingkat tinggi.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Ancasa Residences Port Dickson ini disini ↓
Dengan seni bina unik dan atmosphere yang relaxing, Avilion menawarkan pengalaman chalet atas air yang sedikit lebih murah dari hotel lain. Persekitarannya pun sangat romantik dan mewah. Sesuai untuk yang nak de-stress dan relax. Hanya 440 meter dari Pantai Saujana & berdekatan kedai makan.
Fasilitinya lengkap walaupun dah agak lama, bilik juga well-maintained dan lokasi dan view ideal untuk bercuti tepi pantai. PIlih Water Chalet kalau nak percutian atas laut. Garden Chalet pun OK tapi view biasa-biasa je.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Avillion Port Dickson ini disini ↓
Hotel antarabangsa bertaraf 5 bintang di Teluk Kemang ni merupakan jenis hotel berkapasiti besar dengan harga yang sangat berpatutan. Lokasinya sunyi dan tenang, jauh sikit dari kesibukan pusat komersil dan pantainya bersih & cantik. Tapi fasiliti & banggunan ni dah agak dated.
Apa pun, bilik di sini luas dan lapang, sesuai juga untuk keluarga besar. Tapi korang tak boleh expect kemewahan seperti hotel 5 bintang lain lah.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Thistle Port Dickson ini disini ↓
Dengan seni bina bercorak bunga Hibiscus, Lexis Hibiscus Port Dickson menjadi satu banggunan unik di Port Dickson. Hotel mewah 5 bintang ini menyediakan persekitaran tenang dan romantik, dengan villa atas air yang selesa dan luas bersama private pool view laut dan fasiliti yang lengkap.
Lexis Hibiscus Port Dickson bukan untuk budget traveler sebab dia salah satu hotel paling mahal kat Port Dickson. Tapi, kalau korang nak tempat bercuti yang romantik dan mewah, hotel ni memang berbaloi dengan harga dia.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Lexis Hibiscus Port Dickson ini disini ↓
Antara hotel 5 bintang paling mewah di Port Dickson ialah Grand Lexis yang menawarkan kolam renang peribadi dalam bilik. Suasana dan atmosphere di persekitaran hotel ini sangat relaxing dan ada bilik di atas air yang jernih. Fasiliti memang lengkap dan dijaga dengan baik, setaraf dengan harga bilik.
Grand Lexis Port Dickson tak sesuai untuk korang yang bajet tight, tapi kalau korang nak berbelanja lebih, boleh cuba. Lokasinya pun dekat dengan restoran dan tumpuan menarik di Port Dickson.
Explore
Check jarak perjalanan, map lokasi serta aktiviti & tempat menarik berdekatan Grand Lexis Port Dickson ini disini ↓
Kesimpulan
Hotel di Port Dickson rata-rata dah agak lama, tak banyak hotel baru. Ada yang diselenggara dengan baik, ada yang kurang baik. Tapi harga yang ditawarkan agak munasabah dan pantai di PD pun agak bersih dan cantik.
Top 10 hotel terbaik di Port Dickson tepi pantai pilihan kami adalah:
- Hotel Tepi Pantai Port Dickson 3 Bintang Murah: Akar Beach Resort.
- Hotel Tepi Pantai Port Dickson 4 Bintang Popular: Pacific Regency Beach Resort.
- Hotel Tepi Pantai Port Dickson 3 Bintang Terbaik: Klana Beach Resort.
- Hotel Tepi Pantai Port Dickson 4 Bintang Murah: Villea Port Dickson.
- Hotel Tepi Pantai Port Dickson 4 Bintang Popular: Avilion Admiral.
- Hotel Tepi Pantai Port Dickson 4 Bintang Terbaik: Ancasa Residences.
- Hotel Chalet Atas Air Murah: Avilion Port Dickson.
- Hotel 5 Bintang Murah: Thistle Port Dickson.
- Hotel 5 Bintang Terbaik: Lexis Hibiscus Port Dickson.
- Hotel Villa Atas Air Dengan Private Pool: Grand Lexis Port Dickson.
Benda Wajib Ada Untuk Bercuti di Port Dickson
- Sunscreen atau Sunblock
- Wireless Bluetooth Speaker atau Earbuds
- Portable WiFi
- Dash Cam
- Instant Camera
- Smartphone Kamera
- Powerbank
- Hair Dryer
Panduan Pilih Hotel Terbaik di Port Dickson
Bawah ialah beberapa faktor untuk dipertimbangkan:
Lokasi
Kebanyakan lokasi hotel PD tepi pantai ni terletak di Teluk Kemang, Si Rusa, bandar Port Dickson dan sedikit di Pasir Panjang. Ada hotel yang terletak betul betul di tepi pantai, ada yang atas air dan ada yang jauh sikit dari pantai tapi masih lagi dalam ‘walking distance’.
Kebanyakan tarikan utama di Port Dickson juga terletak berdekatan dengan pantai seperti Pantai Teluk Kemang, Blue Lagoon, dan Pantai Saujana. Restoran pula ada banyak di bandar Port Dickson dan Teluk Kemang. Jadi sebelum pilih hotel, teliti lokasi, pantai dan tarikan utama yang korang nak cuba.
Fasiliti
Disebabkan banyak hotel di Port Dickson dibina 15-30 tahun lalu, banggunannya dah agak berusia jadi tak semua fasiliti macam dalam gambar. Tapi rata-rata diselenggara dengan baik.
Antara fasiliti yang disediakan di kebanyakan hotel di Port Dickson ialah swimming pool (outdoor & indoor), fitness centre atau gym, sauna, restoran, café, servis sewa basikal, airport transfer dan banyak lagi.
Pantai & Kolam Renang Peribadi
Ada hotel di Port Dickson seperti Thistle Port Dickson yang menyediakan pantai peribadi iaitu pantai yang hanya boleh dilawati oleh tetamu hotel. Kalau bukan pantai peribadi, korang boleh pergi beriadah di pantai umum seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana yang tak kurang juga bersih dan kemas.
Selain tu, ada juga hotel 5 bintang di Port Dickson seperti Grand Lexis Port Dickson yang menawarkan kolam renang peribadi yang ada di setiap bilik. Yang ni lagi best tapi mahal sikit.
Kos
Anggaran kos penginapan hotel di Port Dickson bermula dari RM100 semalam sehingga RM1000 semalam bergantung kepada kualiti dan lokasi hotel dan waktu booking. Kebanyakan hotel 4 bintang menawarkan harga sekitar RM200 higga RM400 semalam.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh